Saturday, April 16, 2011

amal islami 2011

alhamdulillah....badiuzzaman berjaya meraih naib johan pada pertandingan amal islami zon 3 2011.........




Wednesday, December 22, 2010

show maal hijrah......

persembahan tanpa latihan yang cukup....inilah jadinya....enjoy......






Tuesday, December 21, 2010

Nasyid Cafe: Generasi Peminat Nasyid Malaysia Yang Sempit.


1- Ya, adalah suatu fakta jelas yang sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa majoriti peminat-peminat nasyid pada hari ini berfikiran sempit, jengkel, melucukan dan kadang-kadang kurang cerdik. Kadang-kadang apabila kami di Nasyid Cafe membuat pemerhatian, peminat-peminat nasyid khususnya generasi era milenia yang sering disajikan dengan nasyid-nasyid yang mempromosikan berteman lelaki dan berteman wanita (cara islam?), adalah tidak jauh bezanya dengan peminat-peminat yang obses dengan penghibur-penghibur bukan islam seperti Lady Gaga atauJustin Bieber.


2- Anda kurang percaya? Cuba lemparkan satu dua kritikan terhadap kumpulan-kumpulan nasyid kegemaran remaja pada hari ini sepertiInteam, Unic atau Mirwana. Anda akan lihat berbondong-bondong pemuda-pemudi pembela bangsa datang mempertahankan kumpulan-kumpulan kegemaran mereka. Tidak kira lah sebernas, seikhlas dan sepositif mana pun kritikan anda. Anda sebagai pengkritik akan sentiasa berada dipihak yang salah.

"Alah, awak nak kritik-kritik ni awak tu boleh ke buat? Dah la muka macam beruang."

3- Budaya ini tidak ada beza langsung dengan budaya peminat-peminat artis luar negara seperti Lady Gaga atau Justin Bieber. Terdapat berpuluh-puluh blog dan laman web diluar sana yang direka khusus untuk mempertahankan artis pujaan mereka. Cuma di Malaysia, kami masih belum menemui lagi website-website seperti itu.

4- Kepada mereka-mereka yang sudah mula berasa panas telinga dan bakal berubah menjadi The Incredible Hulk berbadan hijau berseluar koyak pada bila-bila masa sahaja lagi, jangan salah faham. Kami bukan menilai tahap IQ anda semua tetapi mentaliti anda atau cara anda berfikir. Mentaliti peminat nasyid yang jengkel. Bukan semua tetapi majoriti. Ya, majoriti.

5- Yang hairannya, kadang-kadang kumpulan-kumpulan yang dikritik itu sendiri mampu memproses kritikan-kritikan yang dilemparkan kepada mereka dengan baik. Yang menjadi masalah adalah peminat-peminat yang memuja mereka. Terlalu kasarkah menggunakan perkataan "memuja"? Dinafikan atau tidak, begitulah hakikatnya. Betapa maksumnya artis pujaan mereka. Nasib baik tak hadiahkan pulut kuning dan ayam golek setiap malam jumaat.

"Saya minat betul dengan kumpulan SeeHeartIsTrue, nah ambik lah pulut kuning, buah oren sama ayam golek ni"

6- Apa yang menghairankan, fenomena memuja artis nasyid ini tidak pernah wujud di era-era Nada Murni pada awal 90an atau era Raihan di akhir 90an. Era-era ini menyaksikan nasyid masih lagi belum dicemari dengan nasyid-nasyid yang mempromosikan cinta lelaki wanita (cara islam?). Kumpulan-kumpulan nasyid pada masa itu masih lagi jitu dengan mesej-mesej islami dan ketuhanan yang lebih berkesan. Paling kuat pun, nasyid mereka bermesejkan cinta insani yang lebih umum dan luas.

7- Melangkah ke era milenium kita disajikan dengan lagu-lagu cinta yang diselitkan beberapa perkataan islamik seperti Syariat dan Sunnah untuk menampakkan lagu-lagu cinta ini sebagai lagu-lagu cinta yang berlandaskan agama dan hukum hakam. Bermula dari era ini lah pemuja-pemuja munsheed mula wujud. Ianya amat menyedihkan namun begitulah resam dunia hiburan.

8- Ya resam dunia hiburan. Kita terperangkap dengan resam dunia hiburan. Dunia hiburan mana yang tidak mempunyai peminat-peminat fanatik. Daripada Akademi Fantasia kepada Siti Nurhaliza, daripadaBrtiney Spears kepada Metallica, semuanya mempunyai peminat fanatik yang akan membela artis pujaan mereka walau dengan apa cara sekalipun. Sayangnya, nasyid juga tidak terlepas daripada resam dan budaya ini, maaf cakap, terutamanya dari kaum hawa.

9- Anda ada pendapat yang berbeza? Sila kongsi diruangan komen.

Friday, November 19, 2010

generasi nasyid malaysia yang menjengkelkan??

tejumpa secara tiba tiba...ingin berkongsi sedikit....hehe



1- Generasi baru nasyid malaysia sangat membosankan. Ya, satu fakta yang tidak boleh disangkal. Kecuali beberapa kerat sahaja yang tampak ada usaha untuk menjadikan nasyid sebagai medan seni islami yang prolifik dan berstatus tinggi. Hari ini saya mencuri sedikit masa yang terluang untuk menyusur klip klip lagu lagu nasyid dari keluaran kumpulan-kumpulan nasyid generasi baru yang berlambak-lambak dewasa ini dan keputusannya menyedih kan.

2- Pertama sekali, saya ingin bertanya, apa yang menariknya tentang mengubah ejaan perkataan melayu untuk kelihatan seperti keinggerisan, sehinggakan hampir kesemua kumpulan nasyid generasi baru pada hari ini menggunakan formula tersebut? Kadang-kadang ejaannya tidak masuk akal apatah lagi sebutannya ejaan ejaan tersebut kadang-kadang tidak seperti yang ingin disebut pada asalnya.

3- Telah menjadi satu trend juga untuk menggabungkan dua perkataan inggeris menjadi satu perkataan melayu. Apa yang gagal untuk difikirkan adalah maksud perkataan-perkataan yang digabung ini kadang-kadang salah dari segi nahu inggeris apatah lagi maksudnya. Kadang-kadang maksud nama kumpulan-kumpulan ini menjadi tidak masuk akal. Ini lah masalahnya bila penguasaan inggeris tidak seberapa tetapi tidak pula mahu merujuk kepada mereka yang lebih arif dalam bahasa tersebut. Memalukan.

4- Perkataan seperti One dan Heart adalah di antara perkataan yang sangat popular untuk dikepilkan bersama dengan perkataan lain untuk dijadikan nama kumpulan nasyid. All One, Saff One, Nur One, Feel One, Riz One, Mee One Tan, One Utama dan sebagainya. Letih dan kadang kala melucukan melihat bagaimana kumpulan-kumpulan baru hari ini boleh mendapat ilham untuk keluar dengan nama-nama yang sungguh tidak original ini.

5- Adakah ini yang dinamakan sebagai mengantarabangsakan nama dan menjenamakan kumpulan supaya lebih tampak antarabangsa? Atau agar nama kumpulan-kumpulan anda mempunyai 15 maksud yang berlainan?

"Dalam bahasa arab maksudnya ini"
"Dalam bahasa melayunya pula maksudnya ini"
"Dan kalau di pandang dari sudut ini, ianya perkataan inggeris yang bermaksud ini"
"Ia juga boleh dibaca dalam dialek Urdu"

6- Tidak pula kita dengar Raihan di eja dengan ejaan Ray-Hunt atau Hijjaz di eja sebagai He-Just atau Rabbani di eja dengan Rob-Bunny (Haha). Apa yang lebih melucukan adalah mereka-mereka ini boleh menghuraikan maksud nama kumpulan mereka sehingga boleh dibuat satu ceramah kecil.

"Kami memilih nama Ray-Hunt kerana dalam bahasa arab ianya bermaksud haruman syurga. Dalam bahasa inggeris perkataan "Ray" bermaksud cahaya manakala "Hunt" pula bermaksud memburu. Jadi kami sebenarnya memburu cahaya ilahi"


"He-Just dalam sebutan melayunya Hijjaz adalah salah satu dari jenis bacaan bertarannum seperti Nahwan, Bayati atau Ras. Tapi dalam bahasa inggerisnya bermaksud Dia Adil. Dia merujuk kepada Tuhan. Nama kami menunjukkan betapa adilnya Tuhan kepada kita semua"


"Kami merompak arnab"

7- Ini semua adalah gejala tipikal pemikiran melayu. Janji bunyi inggeris semua dibelasah. Now See Heart, sekarang lihat hati. Feel Honey, rasa madu. Are Buddy, semua seorang kawan baik, In Heart, dalam hati dan sebagainya. Senarainya akan berterusan dan berterusan. We should now see heart before you and I feel honey because you and I are buddy, you will always be in heart. Classic ENGRISH. Tidak kedengaran seperti terencat akal kah?

8- Bagi saya senang sahaja, sekiranya memilih nama melayu, eja sahaja dalam bahasa melayu. Sekiranya memilih nama inggeris, eja sahaja dalam bahasa inggeris. Tak perlu lah hendak mencampur campurkan bahasa melayu, arab, tamil nadu, inggeris, jawa menjadi satu nama untuk kedengaran antarabangsa dan bervariasi makna. Kalau nahunya betul boleh lah juga dimaafkan, tapi sekiranya salah? Hanya menjadi gelak tawa kami kami di Nasyid Cafe. Sekian.

*Credit to Nasyid Cafe... ^_^

Thursday, November 18, 2010

Rindu semakin luruh

Ketika maut menjemputmu
Seisi alam berwajah sayu
Hati ibu dihiris sembilu
Ayah merintih meruntun kalbu



Khabar itu mengirim duka
Nenda menangis tiada puasnya
Potretmu beralun suara

Berbicara di mana-mana


Jiwa mudah tersentuh


Lambaianmu semakin jauh
Sebak berhimpun sendu berlabuh
Dan rindu semakin luruh



Terlalu awal pemergianmu
Begitu cepat kehilanganmu
Sungguh ajal sentiasa menunggu
Tidak bertangguh tiada berwaktu



Baru semalam kau ada di sisi

Hari ini engkau tiada lagi
Demikian ketentuan Ilahi
Bersama hikmah yang mengiringi...

lirik bleh didapati di http://inni-akhafullah95.blogspot.com

show oh show.....

alhamdulillah...rsenye sudah lme kami tidak mengupdate bog kami ini kerana masing2 mempunyai hal...hehe...bru bru ini badiuzzaman mendapat beberapa tempahan show pada majlis di sekolah kami...tp sayangnye, kami tidak dapat mengadakan show lantaran beberapa orang ahli badiuzzaman terpaksa menghadapi peperiksaan besar... perkara ini amat mengecewakan kami tetapi insya allah kami akan bersungguh sungguh pada masa akan datang sekiranya mendapat tempahan show lagi. haha....kami akan pastikan show yang seterusnya tidak akan terlepas....wslm....