assalamualaikum kami mulakan
ahlan wasahlan kami ucapkan
badiuzzaman bersama tampil kehadapan
mengajak kita berhibur sambil mengingati tuhan
alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi
selawat dan salam untuk rasul yang dicintai
badiuzzaman bersama tampil kehadapan
mengajak kita berhibur sambil mengingati tuhan
GENERASI QURANI
islam sejati membina kekuatan ummah
membentuk jati diri muslimin dan muslimah
agar tidak mudah tersungkur dan menyerah
walau diserang dari segenap arah
ilmu diteroka disegenap lapangan
dunia dan akhirat bersama diseimbang
kitab al quran dan sunnah menjadi panduan
ummah cemerlang negara terbilang
c/o generasi qurani
ibarat benih yang subur
dilontar kebukit menjadi hutan dibuang ke laut menjadi pulau
jati dirinya kental bak titis minyak di lautan
tidak kan tenggelam walau dilambung badai
penghayatan islam qurani
membentuk jati diri suci
melahirkan ummah gemilang
membina negara cemerlang
ayuhlah generasiku
majukanlah dirimu
ummah bersatu negara kan maju
AKHLAK TERPUJI
akhlak terpuji menghiasi diri
jadilah insan yang berbudi
jauhi diri bersifat keji
bersihkan jiwa sucikan hati
jangan mengharap diri dipuji
tabahkan hati bila diuji
jangan sengaja taburkan janji
bimbang nanti akan mungkiri
c/o contohi akhlak rasul junjungan
indah menawan tiada tandingan
bebaskan diri dari kegelapan
berakhlak mulia menjadi tuntutan
bagai sinaran mentari pagi
menyinari bumi gersang ini
begitu jua akhlak terpuji
menjadi lambang agungnya peribadi
PELAJAR MULIA
tegap teras pepohonan kerana tunjang
tegak rumah kerana berpaksikan tiang
teguh negara kerana dokongan rakyat
pelajar cemerlang berfikiran sihat
penuhi masa dengan manfaat
jana kemajuan membangun ummah
kitab al quran menjadi panduan
membawa umat kejalan kebenaran
akhlak mulia cintoh junjungan
as sunnah adalah menjadi ikutan
c/o tugas kita menuntut ilmu
usah jemu untuk berguru
berusaha tangga kejayaan
dengan ilmu kita beramal
dunia akhirat biar setimpal
bertaqwalah kukuh keimanan
beriltizamlah demi hasrat
capai cita cita
bertanggungjawab berwawasan
majukan negara
pelajar mulia membentuk sebuah negara maju
berjati diri berperibadi menambah mutu